Thursday, October 15, 2009
Nak Jadi Apa Ek?
So skrg ni aku sibuk la nak wat persediaan. Pikir apa nak masak. Then pk plak apa nak beli. Sambil mandi pun aku terfikir apa nak beli.Phewww..
Dlm pd dok pk2 tu, aku teringat la 1 peristiwa masa kecik2 dulu. Masa tu aku rasa dlm umo 5-6thn. Aku ikut atuk aku g beraya. Mcm open house jg la. Cuma masa tu perkataan OPEN HOUSE ni belum ada dlm kamus hidup aku.
Tgh aku sdp2 mkn, tiba2 ada sorg akak ni punya lah ramah layan tetamu. Aku rasa anak tuan umah tu kot. Dia pun tanya aku, "anak sapa ni?" "dah sekolah belom" "dtg dgn sapa". Last2 tu dia tanya dah bsr nanti nak jd apa? Budak2 yg ramai2 tu pun jwb ada nak jd polis, doktor, askar, cikgu...sampai turn aku, aku terpinga2.Tp dlm kepala ligat juga pk nak jd apa ekk?
"Kita nak jd pengantin" tu la jwpn aku sambil tersengeh...hehehe...
Wednesday, October 14, 2009
Sesi Hari Raya
Saturday, October 10, 2009
Malamku Bermimpi....Part II
Teringat peristiwa 2hari sebelum syawal. Dlm sibuk kita membuat persiapan hari raya, sibuk masak memasak, lap tingkap dan kipas kat umah, tgh korek2 cari kat mana simpan balang kuih (maklumla guna setahun sekali je), aku dikejutkan dgn 1 berita. Sepupu aku accident. Kereta dgn kereta. sepupu aku naik wira, bertembung dgn MERC!! Bukan jauh, tp depan jln kg je. Bukan sorg, tp 2org...... sorg 27thn,Faizal; sorg lg 12thn,Fadhlullah (Mamat).dua beradik..
Kejadian belaku pd 28 ramadan jam 10.30 pg. Yg arwah Mamat tu patah tgn. tgn dia terpatah dua! mak aku kata, mcm ada lg 1 siku kat lengan dia..aku tak berani nak tgk. yg arwah Faizal plak(driver), tersekat dlm kete. kena tunggu bomba dtg potong kete. dia mmg cedera teruk. tp masa keluar dr kete dua2 masih bernyawa.
Bila sampai hospital, lbh kurg jam 11.30, Faizal menghembuskan nafas terakhirnya. 15 minit pastu, Mamat plak. Perginya 2 sepupu aku sekali gus membuatkan aku muhasabah diri. Agar lbh berhati2 di jln raya. sbb kdg2 kita berhati2 tp ada pemandu lain yg tak berhati2. pun boleh menyebabkan kemalangan juga...
Dlm suasana sedih tu, aku dgr la makcik2 ni bercerita. Mcm2 cerita. Dr cerita psl kemalangan tu sampai la psl kuih raya. Aku dgr je la..tiba2 aku teringat mimpi aku dulu. Aku pun bukak cite kat makcik2 ni. Makcik2 tu ckp, "biasanya mcm tu la...mimpi mcm tu ada petandanya"..
Mungkinkah ini SURATAN atau KEBETULAN???
Wednesday, September 16, 2009
Sakit Mcm Operation!
Tiba2 aku terpandang loket. Ermmm ok jugakkan? Mak mertua aku pun..seperasan aku la..dia pakai rantai tp takde loket. Aku dgn hubby pun mula la sibuk memilih. byk juga yg cantik2. harga pun cantik..sama2 cantik la..tp ada 1 yg aku bekenan.harga pun around bajet aku jugak.hmmm...tokey kedai tu pun amik kalkulator dan kira la bape harga.aku minta kurang lg..dia pun layan....maybe aku ni peramah dia pun syok la melayan aku.
Dlm dia tgh sibuk mengira dgn hubby aku, aku pun borak la dgn kwn dia..dia suruh aku beli cincin tunang..hahaha..apa da..dia ingat aku belum kawen agaknya..pastu dia ckp jari dia saiz 22." erm..aku pun nak tau saiz aku jugak la", dlm ati je la..aku tanya dia,agak2 jari aku saiz berapa. dia suruh aku buka cincin..lepas dia ukur,dia kata 13..aik..jauhnya saiz jari aku dgn dia..hahahaha..aku suruh dia ulang kuat2 sket.dia kata 13! aku ckp yesss tq.saja la aku nak suruh hubby aku dgr,mana la tau dia nak belikan cincin wat suprise utk aku.sekurang2nya dia dah tau saiz aku.kekekekeke...
ok dah lepas byr tu,tiba2 suami aku suruh tindik telinga...aku bukan taknak..tp cuak..aku ni pengecut sket bab2 tu. hubby aku mula membebel..dia kata anting2 beli tak pakai pun.bla bla bla..aku dulu sbnrnya dah tindik.masa kat singapore..tp lepas tu aku rasa mcm allergy.gatal semacam.aku tak pakai dah sejak tu.and lubang tu pun dah ilang..aku ingat lg masa tu..aku tebuk dua2 sekali gus.kakak yg tebuk tu kata, "dik,biasanya budak2 kecik je yg tebuk dua2 sekali..tp takpe la..adik punya psl akak buat dua2 ek"..aku tersengeh kerang busuk je..masa tu rasanya aku jd tontonan umum.pelanggan2 kedai tu, pekerja2 dia, temasuk la jaga kedai tu tak sbr2 nak tgk aku tindik.sbb masa tu dah setengah jam jugak la aku cuba nak tindik tp tak bejaya..hahaha..last2 aku nekad apa nk jd pun jd la..aku nak tindik gak.lepas dah siap semua tu,jaga tu siap tanya aku..."apa mcm?rasa mati idup semula ke?" hahaha...
Ok bebalik pd cite aku td..lepas tekenang2 kisah lampau aku tu,aku pun nekad nak tindik lg sekali.ye la kesian gak hubby aku belikan subang tp aku tak pakai pun...aku ingat ada bilik khas tempat dia nak menembak tu.rupanya kat situ gak.hm...pasrah je la..aku mmg nak dia buat dua2 sekali.lantak la dia nak kata aku budak kecik ke apa..hehehe. masa dia ckp 'ready' je..aku dah rasa berdebar2 la..aku ckp, "kejap eh,i mau baca doa dulu la"..dia kata, "aiiyaa moi..baca la apa u mau baca". dia pun gelak2kan aku. dia pegang telinga aku tiba2 aku rasa panas je...itu la rasa yg penah aku rasa masa 1st time dulu.perghhh..sakit la jugak pd aku. hubby aku tanya, "sakit ke yang?".aku jwb " sakit mcm operation!". Semua org tegelak bsr!
Tuesday, September 15, 2009
Lambir Hill Rainforest
My hubby yg takut air..dia tu mmg pelik walaupun dia bintang PISCES..
Adik aku yg konon2 mcm macho..adoiiyaiii perasan lbh dia ni..
Aku yg tlh men'transform'kan diri aku jd TRANSFORMES..yeehaaa!
Aku Dan Dirimu..huhu
Hargai Selagi Masih Ada
Sebenarnya sedar tak sedar byk yg kita miliki dlm hidup kita. Bukan semestinya harta, tp byk lg benda lain yg bukan material. Cthnya mcm umur/usia, kawan2, pekerjaan dan apa yg plg penting ibu bapa..
Tp biasanya manusia tak sedar dgn apa yg diorg ada. Sebaliknya sering mempersoalkan; "kenapa aku takde mcm apa yg dia ada?" "kenapa Allah bg aku rezeki takat ni?".. Tp kenapa kita tak pandang apa yg kita ada..Sbb manusia ni tamak. Yesss itulah hakikatnya.. Tak pyh tgk org lain, aku pun sama je.. Tp setidak2nya kita kena belajar bersyukur dgn apa yg kita ada dan hargai sementara kita masih berpeluang memilikinya.
Sbb 1 hari nanti kita akan kesal bila kita telah kehilangannya.. Utamakan ibu bapa kita melebihi dr yg lain. Sbb ibu bapa la tempat kita mengadu susah dan senang (biasanya jrg ngadu kalau senang). Ibu bapa la yg berkorban menjaga kita siang mlm ketika masih kecik. Yg kita tau masa tu cuma nangis..
Nangis sbb lapar, sakit dll. Bila dah besar sket nangis sbb tak dpt permainan yg kita nak. Bila dah makin besar, kita besar kepala. Bila dah kerja lg la jgn cite.. Balik la kepangkuan jalan yg benar. Remember..plz plz plz dont let Allah and ur parents behind! Hargailah mereka sementara kita masih ada usia!
Saturday, September 12, 2009
Tukar Duit Kecik..
Since dah keje aku tak pernah lg miss..
Dan biasanya lg seminggu nak raya baru la aku bleh luang kan masa utk buat benda ni..
Walaupun ramai org yg sama tujuan dgn aku, walaupun kena tunggu lama sket (sbb mana2 bank pon sama), aku tetap setia menunggu utk dpt duit tukar RM 1, RM 5 dan RM 10.
Semuanya demi sepupu2 aku yg kecik2, anak2 jiran, makcik pakcik, adik2 dan sapa2 je yg berkenaan dlm idup aku..ngeh3x.
Masa kck2 dulu kira puas juga la aku collect dr pakcik makcik, sedara mara dan org2 kg aku. Raya petama mmg kenyang mkn kuih. Dan yg pasti poket mesti penuh dgn duit syiling. Sekarang tiba masa aku plak..Hmm..sedekah kat budak2...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!
Friday, September 11, 2009
Thursday, September 3, 2009
Malamku Bermimpi....
Bangun2 je, aku bersyukur sgt2 cos itu cuma mimpi.. Gg aku pun masih ada lg kat tempat asal. Yessss! Takde sakit pun tp nape aku mimpi mcm tu.
So today, aku refer kat internet. Mimpi mcm tu membawa maksud yg akan ada sedara mara meninggal dunia. Kalau gg atas, sedara mara dekat, gg bwh sedara mara jauh. Erm.... I really2 hope semua akan selamat. Nobody will leave me. Insya Allah. And if terjadi juga, maybe its just coincidence.. Segalanya dtg dr Allah. Umur, rezeki, jodoh dan ajal maut di tgn tuhan. Apa yg kita mampu lakukan is just PRAY.
Tuesday, September 1, 2009
Kenapa Kita Mesti Merasa Kecewa????
Yeaa...Jawapannya senang je..Itu adalah kerana kita perlu merasa semua tu utk mendewasakan kita, mematangkan fikiran dan sebagai pengajaran kpd kita. Untuk masa akan dtg.. Sedar atau tidak, proses pembesaran kita bermula dr kegagalan. Kita akan merangkak dan jln jatuh dulu sblm kita pandai berlari, kita akan study hard dulu sblm menjadikan kita seorg engineer, doktor, akauntan dan sbgainya.
So, kalau kita merasa sedih atau kecewa, fikir something yg positive. Mungkin dgn sbb ni kita akan lebih tabah, lbh mendekatkan diri kita pd Allah dan semakin berusaha untuk capai yg terbaik dlm kehidupan kita. And at the end, kita akan jd org yg success. Org yg mencapai kejayaannya melalui kesusahan dlm perjalanan hidupnya.
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya..
ADIOS!
Monday, August 31, 2009
Our 52nd National Day
Thursday, August 20, 2009
Happy Birthday To All Of Them! (August 21st, )
My brother, Azri
My Best Friend, Suhana
Happy Birthday!!
May ur wish come true!
And may Allah bless all of u at all times...
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat mengerjakan ibadah puasa
Semoga ibadat kita diterima Allah dan mendapat keberkatan drNya
Dan semoga mudah2an kita akan bertemu dgn LailatulQadr..Insya Allah..
Selamat Berpuasa!!
Sunday, August 16, 2009
H1N1
Cth pemakaian topeng muka. ngeh3x..
2) Basuh tangan menggunakan sabun sekurang2nya 30saat. Bukan asal basuh je eh...
3) Dapatkan rawatan segera bila demam, sakit tekak, selsema dll.
Selamat menjaga kesihatan!
Try N Tell Me What U See..GOTCHA!!
Tuesday, August 11, 2009
Friday, August 7, 2009
If Today Was My Last Day.....
Thursday, August 6, 2009
My 1st Experience With 'Somtam'
As usual i ordered Tomyam, beef with broccoli. Later, Mulan ordered SOMTAM. Somtam??? What's that?? Yea why not i try it 1st huh??
And all the ingredients will be pound using a large clay mortar with a wooden pastle.
And it was divine!!
Mulan
Saturday, August 1, 2009
Here I Come - Niah Cave
Bertolak dr rumah kira2 jam 9am. Kami g ber-4. Memula g breakfast dulu kat Kaya Toast. Dipendekkan cite mmg mkn byk la pg tu.. Sara la ni order byk2!!!
Aku pun bejalan dan terus bejalan walaupun nafas dah tecungap..Rasa makanan yg aku telan td nak terkuar balik..After about 3km,kat dlm tengah2 utan tu...ada sesuatu yg korg tak bleh jangka!!!
Jeng3x..cuba teka...ular??rimau??dayak?? Semua totally SALAH!!! tp ada kedai jual manik(beads),air tin(siap ais) n other souvenirs. Tp aku tak beli pun..Sbb tu bukan tujuan utama. Depan sket dr gerai tu dah nampak gate. YEA!!!!
Tp lom sampai lg..baru gate..jln lg..tak tau la bape jauh tp mcm jauh juga la...ada tangga..naik tangga yg mmg curam tu,kat situla mulut gua niah. Subhanallah mmg besar NIAH!! Pencipta Yg Maha Agung!
Disebabkan byk burung layang2 (swallow), mmg la bau najis burung tu. Pening kepala aku dibuatnya. Aku tgk org lain rilex je,aku pun jd besamangat nak wat rilex mcm diorg. But that bad smell was really2 made me so TIRED!!!
Turun naik tangga,lastly sampai gak kwsn kubur dlm gua tu..n kat dlm gua tu juga ada sebiji umah.
After 10minutes break, sambung jln lg..dlm ati aku dah menjerit (sakitnya kaki aku..penat!!!) tp teruskan gak.takkan nak tinggal kat umah tu sorg2. Layankan je..jln tegak takpe gak..ni naik tangga. Dahla gelap,busuk plak tu..Turun naik tangga buat aku meloya..sampai 1 simpang, kitorg dah tak tau nak g kanan ke kiri. Takde lampu picit masa tu.Harapkan cahaya dr handphone je..
Ni la tangga yg aku bgtau td. Nak menuju ke painting cave (gua lukisan) yg dilukis sejak zaman purba lg...ICE AGE..yeahhh..
Ok bebalik pd cite td. Lepas tak tau nak wat pilihan nak g kanan ke kiri, ada 1 suara antara kami berempat... "kiri la weih..terang sket..ada cahaya kat atas tu". aku dlm ati mmg setuju ngan pendapat dia
Separuh jln naik tangga tu aku mmg mcm dah nak pengsan. Terduduk kejap. Oh my God!! Makin masuk ke dlm makin busuk baunya..kepala aku pun dah berat semacam. Aku gagahkan diri gak la masa tu. Tp akhirnya terkeluar juga segala isi perut yg aku mkn pg td..Ahhhh..lega sgt lepas tu..ringan sket badan aku..
Sampai2 atas je..mmg dah sah kitorg salah jln..mmg tu jln patah balik..tp memandangkan aku tak bape sihat,mcm hepi gak la masa tu..others,upset kot..
Patah balik kat umah td..aku stay kat umah tu. Azri ngan Sara continue. Aku siap tido sementara tunggu diorg.
Jam 3.30pm diorg dah sampai balik kat umah tempat aku tido tu. Aku pun dah lega sbb dpt rehat secukupnya. So ada la tenaga nak jln balik. 5km to go!!!! Uhhhhhh......
Lepas rehat 5minit, kitorg pun betolak nak jln balik..Walaupun penat yg teramat sgt n memikirkan takde sapa nak dukung aku balik,tepaksa la juga aku jln kaki sendiri..terasa makin jauh plak dr pegi..tebalik..selalunya org rasa nak balik mcm skjp,tp aku rasa mcm makin lama...
My Adopted Son
The Most My Favorite Song (best3x)
Assalamualaikum...
My first entry.. WOW!!
Enjoy!!!
Asal dgr lagu jepun je teringat zaman kecik2 tgk cite
Maero Attack, Oshin
.. Ada versi baru ke??