Wednesday, September 16, 2009

Sakit Mcm Operation!

Semalam aku g kedai emas. Nak beli hadiah bg mak mertua aku. Besday dia 18 Sept. Aku pun tak tau nak beli apa sbnrnya. Yg pasti something yg special, yg tahan lama dan dia suka.. Aku belek2 emas kat situ. Hmm..cincin pun ok. Tp aku tak tau saiz jari dia. Hubby aku pun sibuk tolong pilih.. Aku tgk harga gelang tangan.Mak aih..takde yg bwh seribu..Bukan tak bleh nak beli, tp fhm2 jela nak raya ni..byk duit nak pakai kan..bajet aku pun bwh seribu je...

Tiba2 aku terpandang loket. Ermmm ok jugakkan? Mak mertua aku pun..seperasan aku la..dia pakai rantai tp takde loket. Aku dgn hubby pun mula la sibuk memilih. byk juga yg cantik2. harga pun cantik..sama2 cantik la..tp ada 1 yg aku bekenan.harga pun around bajet aku jugak.hmmm...tokey kedai tu pun amik kalkulator dan kira la bape harga.aku minta kurang lg..dia pun layan....maybe aku ni peramah dia pun syok la melayan aku.

Dlm dia tgh sibuk mengira dgn hubby aku, aku pun borak la dgn kwn dia..dia suruh aku beli cincin tunang..hahaha..apa da..dia ingat aku belum kawen agaknya..pastu dia ckp jari dia saiz 22." erm..aku pun nak tau saiz aku jugak la", dlm ati je la..aku tanya dia,agak2 jari aku saiz berapa. dia suruh aku buka cincin..lepas dia ukur,dia kata 13..aik..jauhnya saiz jari aku dgn dia..hahahaha..aku suruh dia ulang kuat2 sket.dia kata 13! aku ckp yesss tq.saja la aku nak suruh hubby aku dgr,mana la tau dia nak belikan cincin wat suprise utk aku.sekurang2nya dia dah tau saiz aku.kekekekeke...

ok dah lepas byr tu,tiba2 suami aku suruh tindik telinga...aku bukan taknak..tp cuak..aku ni pengecut sket bab2 tu. hubby aku mula membebel..dia kata anting2 beli tak pakai pun.bla bla bla..aku dulu sbnrnya dah tindik.masa kat singapore..tp lepas tu aku rasa mcm allergy.gatal semacam.aku tak pakai dah sejak tu.and lubang tu pun dah ilang..aku ingat lg masa tu..aku tebuk dua2 sekali gus.kakak yg tebuk tu kata, "dik,biasanya budak2 kecik je yg tebuk dua2 sekali..tp takpe la..adik punya psl akak buat dua2 ek"..aku tersengeh kerang busuk je..masa tu rasanya aku jd tontonan umum.pelanggan2 kedai tu, pekerja2 dia, temasuk la jaga kedai tu tak sbr2 nak tgk aku tindik.sbb masa tu dah setengah jam jugak la aku cuba nak tindik tp tak bejaya..hahaha..last2 aku nekad apa nk jd pun jd la..aku nak tindik gak.lepas dah siap semua tu,jaga tu siap tanya aku..."apa mcm?rasa mati idup semula ke?" hahaha...

Ok bebalik pd cite aku td..lepas tekenang2 kisah lampau aku tu,aku pun nekad nak tindik lg sekali.ye la kesian gak hubby aku belikan subang tp aku tak pakai pun...aku ingat ada bilik khas tempat dia nak menembak tu.rupanya kat situ gak.hm...pasrah je la..aku mmg nak dia buat dua2 sekali.lantak la dia nak kata aku budak kecik ke apa..hehehe. masa dia ckp 'ready' je..aku dah rasa berdebar2 la..aku ckp, "kejap eh,i mau baca doa dulu la"..dia kata, "aiiyaa moi..baca la apa u mau baca". dia pun gelak2kan aku. dia pegang telinga aku tiba2 aku rasa panas je...itu la rasa yg penah aku rasa masa 1st time dulu.perghhh..sakit la jugak pd aku. hubby aku tanya, "sakit ke yang?".aku jwb " sakit mcm operation!". Semua org tegelak bsr!

Tuesday, September 15, 2009

Lambir Hill Rainforest

Actually dah lama nak post yg ni..tp asik telupa je..lgpun bz je sblm ni..
Kitorg g sini masa adik aku dtg sini.. G pun dah ptg masa tu. Dlm kul 1 lbh la..after zuhur terus betolak.lgpun tak jauh dr umah aku.around 30 minutes je..

Sampai2 kat gate je dah 2 suku. Then after register n byr RM 10 seorg, adik aku RM 5 je sbb dia student, kitorg pun explore la kwsn tu..

Aku perhatikan, most of Sarawak area ni mmg masih byk hutan. So dok kat sini membuatkan aku terasa very close to d nature..

Air terjun kat Lambir ni ada 7 peringkat. Tp aku sampai stage 1 je..tu pun dah mkn masa stgh jam jln kaki. Semputtt!! Adik aku sampai stage 2. Tp lepas tu dia patah balik..takkan la dia nak mandi sorg2 kat sana plak kan..Pas mandi puas2, kitorg gerak balik kul 5ptg..

My hubby yg takut air..dia tu mmg pelik walaupun dia bintang PISCES..

Adik aku yg konon2 mcm macho..adoiiyaiii perasan lbh dia ni..

Aku yg tlh men'transform'kan diri aku jd TRANSFORMES..yeehaaa!

Aku Dan Dirimu..huhu


I'm happy to having u in my life..Promise me u'll care n love me forever..no matter wut..gemuk ke(mcm skrg),kurus ke,berkedut ke...sampai kita mati..ever ever after.
I love u!

Hargai Selagi Masih Ada

Hargailah setiap yg kita miliki sementara masih ada..

Sebenarnya sedar tak sedar byk yg kita miliki dlm hidup kita. Bukan semestinya harta, tp byk lg benda lain yg bukan material. Cthnya mcm umur/usia, kawan2, pekerjaan dan apa yg plg penting ibu bapa..

Tp biasanya manusia tak sedar dgn apa yg diorg ada. Sebaliknya sering mempersoalkan; "kenapa aku takde mcm apa yg dia ada?" "kenapa Allah bg aku rezeki takat ni?".. Tp kenapa kita tak pandang apa yg kita ada..Sbb manusia ni tamak. Yesss itulah hakikatnya.. Tak pyh tgk org lain, aku pun sama je.. Tp setidak2nya kita kena belajar bersyukur dgn apa yg kita ada dan hargai sementara kita masih berpeluang memilikinya.

Sbb 1 hari nanti kita akan kesal bila kita telah kehilangannya.. Utamakan ibu bapa kita melebihi dr yg lain. Sbb ibu bapa la tempat kita mengadu susah dan senang (biasanya jrg ngadu kalau senang). Ibu bapa la yg berkorban menjaga kita siang mlm ketika masih kecik. Yg kita tau masa tu cuma nangis..

Nangis sbb lapar, sakit dll. Bila dah besar sket nangis sbb tak dpt permainan yg kita nak. Bila dah makin besar, kita besar kepala. Bila dah kerja lg la jgn cite.. Balik la kepangkuan jalan yg benar. Remember..plz plz plz dont let Allah and ur parents behind! Hargailah mereka sementara kita masih ada usia!

Saturday, September 12, 2009

Tukar Duit Kecik..

Hmmm... Perkara yg biasa aku buat bila menjelang Hari Raya...

Since dah keje aku tak pernah lg miss..

Dan biasanya lg seminggu nak raya baru la aku bleh luang kan masa utk buat benda ni..

Walaupun ramai org yg sama tujuan dgn aku, walaupun kena tunggu lama sket (sbb mana2 bank pon sama), aku tetap setia menunggu utk dpt duit tukar RM 1, RM 5 dan RM 10.

Semuanya demi sepupu2 aku yg kecik2, anak2 jiran, makcik pakcik, adik2 dan sapa2 je yg berkenaan dlm idup aku..ngeh3x.

Masa kck2 dulu kira puas juga la aku collect dr pakcik makcik, sedara mara dan org2 kg aku. Raya petama mmg kenyang mkn kuih. Dan yg pasti poket mesti penuh dgn duit syiling. Sekarang tiba masa aku plak..Hmm..sedekah kat budak2...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

Friday, September 11, 2009

Atashinchi no Danshi



My favorite cartoon!!!!

Every Friday at 1930 @ TV3..

Best3x..

Thursday, September 3, 2009

Malamku Bermimpi....

Last nite, aku mimpi sakit gg. Ada lubang kat gg bawah. Then ada org offer nak tlg cabutkan. Aku pun on je la sbb mmg dah sakit sangat masa tu.. Then dia pun cabut la. Bila dah cabut tu aku rasa menyesal plak sbb byk yg dia cabut. 3 batang!! Sedangkan 1 je yg sakit...

Bangun2 je, aku bersyukur sgt2 cos itu cuma mimpi.. Gg aku pun masih ada lg kat tempat asal. Yessss! Takde sakit pun tp nape aku mimpi mcm tu.

So today, aku refer kat internet. Mimpi mcm tu membawa maksud yg akan ada sedara mara meninggal dunia. Kalau gg atas, sedara mara dekat, gg bwh sedara mara jauh. Erm.... I really2 hope semua akan selamat. Nobody will leave me. Insya Allah. And if terjadi juga, maybe its just coincidence.. Segalanya dtg dr Allah. Umur, rezeki, jodoh dan ajal maut di tgn tuhan. Apa yg kita mampu lakukan is just PRAY.

Tuesday, September 1, 2009

Kenapa Kita Mesti Merasa Kecewa????

Dalam kehidupan kita ni, selalunya kita akan berasa hepi, sedih, kecewa, marah dan mcm2 lg. Tp KENAPA??? Kenapa kita tak hepi je sepanjang masa? Kenapa mesti kita rasa mcm2 sdgkan kita tak suka rasa mcm tu?

Yeaa...Jawapannya senang je..Itu adalah kerana kita perlu merasa semua tu utk mendewasakan kita, mematangkan fikiran dan sebagai pengajaran kpd kita. Untuk masa akan dtg.. Sedar atau tidak, proses pembesaran kita bermula dr kegagalan. Kita akan merangkak dan jln jatuh dulu sblm kita pandai berlari, kita akan study hard dulu sblm menjadikan kita seorg engineer, doktor, akauntan dan sbgainya.

So, kalau kita merasa sedih atau kecewa, fikir something yg positive. Mungkin dgn sbb ni kita akan lebih tabah, lbh mendekatkan diri kita pd Allah dan semakin berusaha untuk capai yg terbaik dlm kehidupan kita. And at the end, kita akan jd org yg success. Org yg mencapai kejayaannya melalui kesusahan dlm perjalanan hidupnya.

Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya..

ADIOS!